Thursday, 2 February 2012

Kompas Perakaunan - N-Al Hadi

LAPORAN  KAJIAN  TINDAKAN


MENYEDIAKAN IMBANGAN DUGA OLEH PELAJAR TINGKATAN 5PA1 DENGAN MENGGUNAKAN BANTUAN
“KOMPAS PERAKAUNAN”



  




Oleh


N. AL-HADI BIN IBRAHIM


SEKOLAH  MENENGAH  KEBANGSAAN  BUKIT  MENDI,
28320, TRIANG, PAHANG




MAC  2008










Abstrak



Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007 untuk pelajar tingkatan 5PA1 untuk mata pelajaran Prinsip Akaun, telah membuat saya merasa sangat cemas apa akan terjadi kepada untung nasib pencapaian SPM 2007 bagi pelajar khususnya dan sekolah amnya, yang saya sendiri sebagai pengetua baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mendi, Triang, Pahang. Hanya tiga ( 3 ) pelajar lulus dalam ujian tersebut. Apakah pelajar yang lemah sebenarnya atau pun kaedah guru yang kabur untuk difahami; menjadi penyebab keputusan amat rendah sekali ? Isu menunding jari saya abaikan. Atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik dan kepentingan masa depan pelajar yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda, saya mengambil langkah drastik kerana memikirkan hanya ada masa empat ( 4 ) bulan saja lagi untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan SPM 2007, saya mula mengambil alih kelas tersebut pada  2hb Ogos 2007 dan bermulalah kajian ini dengan harapan, ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini dan dengan niat untuk merubah persepsi pelajar agar tidak menggangap Prinsip Akaun sukar ( Killer Subject ). Saya masih yakin dan positif , pelajar saya ini masih boleh dibentuk untuk berjaya kerana berdasarkan pengalaman lepas, saya dapati pelajar tidak perlu terlalu bijak untuk berjaya dalam mata pelajaran ini kerana KOMPAS PERAKAUNAN sentiasa berjaya  membantu peningkatan kefahaman pelajar menguasai mata pelajaran ini. Kepuasan kerja mula terpancar, bila pelajar mula menunjukkan minat apabila mula dapat menyediakan Imbangan Duga dengan bantuan KOMPAS PERAKAUNAN yang dibuktikan dalam markah Ujian Post dan klimaksnya semasa keputusan SPM 2007 diumumkan, pelajar terbaik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007 pada bulan Julai 2007 dengan markah 47 ( pangkat 7D ) telah mampu mencapai tahap pangkat 1A dalam peperiksaan SPM 2007. Syukur pada Illahi yang hanya saya mampu ucapkan dan sekalung tahniah buat kejayaan kalian.













1

1.         REFLEKSI AMALAN

1.1              Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Hari pertama bertugas sebagai pengetua di SMK Bukit Mendi pada 1hb. Ogos 2007, merupakan hari debriefing postmortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5, 2007 Peringkat Daerah Bera di sekolah kami. Apabila analisa mata pelajaran Prinsip Akaun sekolah kami dibentangkan oleh Ketua Panitia , hanya 18.75% (3/16) pelajar lulus dan markah pelajar terbaik hanya 47 markah ( pangkat 7D ).

Melalui Ketua Panitia, setelah analisa dilakukan, didapati soalan PENGGAGAL utama adalah soalan wajib semasa SPM sebenar; iaitu soalan 1 dari bab Dokumen Perniagaan yang merangkumi Buku Catatan Pertama, Lejar dan Imbangan Duga.

Guru memberi pelbagai alasan atas pencapaian rendah ini; antaranya pelajar :-

1.1.1        Tak minat
1.1.2        Tak buat latihan
1.1.3        Jawab secara teka
1.1.4        Tak hadir kelas tambahan

Pelajar juga apabila ditanya kenapa tak boleh jawab setelah belajar hampir 1 tahun 6 bulan, memberi pelbagai alasan; seperti :-

1.2.1        Prinsip Akaun sukar sangat
1.2.2        Tak faham cara guru ajar
1.2.3        Keliru bila perlu Debit atau Kredit
1.2.4        Ikut kawan masa daftar subjek ini untuk SPM

Amalan tunding jari pada saya tak akan menyelesaikan masalah pencapaian pelajar. Dengan bebekalkan pengalaman mengajar mata pelajaran Prinsip Akaun selama 16 tahun di daerah Bera yang latar belakang sosial pelajar adalah sama iaitu anak-anak peneroka Felda, saya mengambil keputusan mengambil alih kelas 5PA1 dengan memperkenalkan KOMPAS PERAKAUNAN dalam pendekatan pertama; iaitu menyediakan IMBANGAN DUGA dengan harapan berikut :-

1.3.1        Pelajar dapat menjawab dengan tepat dan pasti
1.3.2        Jawapan mereka bebas teka teki





2

2.         FOKUS KAJIAN

Biar apa pun alasan dan masalah punca kegagalan pelajar, fokus kajian ini akan menekankan kepada cara menyediakan IMBANGAN DUGA dengan mudah, pantas dan sempurna iaitu sifar salah dengan bantuan KOMPAS PERAKAUNAN .

KOMPAS PERAKAUNAN

                         DT                                          KT



A
ASET
L
LIABILITI
B
BELANJA
H
HASIL






3.         OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, anak didik diharap dapat mencapai objektif berikut:-

3.1              Objektif Umum

3.1.1        Pelajar akan menjawab dengan penuh keyakinan diri dan tepat samada Debit atau Kredit
3.1.2        Pelajar akan mula meminati mata pelajaran Prinsip Akaun dan akan  mengganggap Prinsip Akaun Senang, bukan  Killer Subject.
3.1.3        Hilang rasa rendah diri kerana menggangap anak peneroka felda juga mampu menguasai bidang perakaunan.

3

3.2              Objektif Khusus

3.2.1        Pelajar dapat menyediakan IMBANGAN DUGA dengan tepat dan pantas
3.2.2        Lahir pelajar mencapai pangkat Cemerlang dan Kepujian dalam SPM 2007 yang mampu melanjut pelajaran di bidang perakaunan di Institut Pengajian Tinggi.



4.         KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tingkatan 5PA1 iaitu seramai  16 orang yang akan menduduki peperiksaan SPM 2007 yang kurang kefahaman dan penguasaan dalam mata pelajaran Prinsip Akaun serta  kurang meminatinya kerana mengganggap ia sebagai Killer Subject . Kesemua mereka ini adalah terdiri dari anak-anak peneroka Felda yang kabur hala tuju masa depan hidupnya.



5.         PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1              Program  KENAL DAN SUMBAT aje

5.1.1    Program KENAL akan membantu pelajar mengenal semua item atau butiran yang perlu dikenali sepanjang mempelajari tajuk-tajuk Prinsip Akaun untuk mereka kategorikan sebagai :-

5.1.1a              ASET                                                 (   A   )
5.1.1b              LIABILITI                                        (   L   )
5.1.1c              BELANJA                                         (   B   )
5.1.1d              HASIL                                                (   H   )

Satu JADUAL  KENAL ITEM PERAKAUNAN ( Lampiran 1 )  yang menyenaraikan semua item atau butiran yang mereka pelajari atau akan temui sepanjang mempelajari Prinsip Akaun dari tingkatan 4 hingga 5 perlu diisikan oleh pelajar dengan betul setelah penerangan diberikan oleh guru. Setelah mereka KENAL semua butiran ini, hampir mustahil mereka akan gagal di dalam SPM kelak dan mata pelajaran ini tidak lagi sukar bagi mereka.

Saya berani berkata demikian kerana , selesai sahaja program KENAL, pelajar akan didedahkan dengan program SUMBAT aje yang akan di pandu dengan bantuan KOMPAS PERAKAUNAN. Apa itu program  SUMBAT aje ?



4

5.2              Program SUMBAT aje

5.2.1    Setelah KENAL semua item, ditahap ini segalanya amat mudah sekali pelajar menyediakan Imbangan Duga dengan penuh yakin, tepat dan pantas yang memampukan mereka mendapat markah penuh dalam keadaan sedar diri, mereka tidak perlu terlalu bijak  untuk berjaya dalam perakaunan kerana ianya amat mudah.

Apa yang perlu  dilakukan, berpandukan KOMPAS PERAKAUNAN dalam menyediakan Imbangan Duga ( Lampiran 2 ), SUMBAT aje item yang di KENAL sebagai :-

5.2.1a              A ( aset ) dan  B ( belanja ) ke ruangan catatan DEBIT dan
5.2.1b              L  ( liabiliti ) dan H ( hasil ) ke ruangan catatan KREDIT.





6.         DAPATAN KAJIAN

Pada hari pertama saya mengambilalih kelas 5PA1 pada 2hb. Ogos 2007 saya hanya memberi ujian pra 1 untuk mengukur tahap kefahaman pelajar dan sekali lagi ujian pra 2  pada 4hb. Ogos 2007, dalam bab yang sama iaitu menyediakan Imbangan Duga bagi mengukur samada pelajar menjawab atas kefahaman atau pun secara tekaan sahaja.

Format soalan ujian pra 1 dan 2 adalah mengandungi butiran yang sama cuma susun atur dan angkanya sahaja yang ditukarkan.

Berdasarkan Jadual Pemarkahan Ujian Pra 1, Pra 2 dan Post  di muka surat 6; keputusan Ujian Pra 1 dan Ujian Pra 2 adalah tidak konsisten pencapaian mereka; iaitu :-

6.1.1        7 pelajar, markah mereka menurun dengan ketara antara Ujian Pra 1 dan Ujian Pra 2 seperti pelajar P01 dari 26 markah kepada 14 markah. 7 pelajar lagi, markah mereka meningkat dengan ketara seperti pelajar P14; dari 6 markah kepada 24. Ini adalah satu petanda pelajar ini menjawab tanpa kefahaman atau pun secara tekaan sahaja.
6.1.2        Hanya 2 pelajar yang markahnya konsisten di dalam Ujian Pra 1 dan 2; iaitu pelajar P09 dan P13, yang menjawab dengan kefahaman tetapi tahap penguasaan kefahaman mereka adalah rendah.




5

JADUAL PEMARKAHAN UJIAN PRA 1, PRA 2 DAN POST


BIL
PELAJAR
PRA 1
PRA 2
POST
1
P01
26
14
72
2
P02
32
52
98
3
P03
12
24
68
4
P04
30
34
88
5
P05
28
42
92
6
P06
08
26
42
7
P07
18
33
74
8
P08
22
16
82
9
P09
30
32
90
10
P10
14
28
92
11
P11
26
18
48
12
P12
32
21
78
13
P13
42
44
84
14
P14
06
24
72
15
P15
26
16
68
16
P16
28
06
54


Selepas Ujian Pra 2, saya mula mendedahkan kepada guru dan pelajar, program KENAL dan SUMBAT aje dengan bantuan KOMPAS PERAKAUNAN dalam menyediakan Imbangan Duga. Mereka saya dapati sudah mula minat untuk belajar dan yakin untuk menjawab soalan yang diberikan. Untuk mengukuhkan pendapat saya, pada 15hb. Ogos 2007, Ujian Post diadakan. Hasilnya semua pelajar mampu lulus, Cuma yang membezakan jurang mereka sekarang ialah penguasaan KENAL butiran ( item ) atas faktor  samada pelajar rajin atau malas membuat latihan dan ulangkaji.


7.         REFLEKSI KAJIAN

7.1              PENILAIAN PENCAPAIAN PELAJAR

Pencapaian pelajar mula meningkat, daripada hanya 2 pelajar yang lulus semasa ujian Pra kepada kesemuanya iaitu 16 lulus . Yang lebih memberi kepuasan kerja kepada saya ialah 5 pelajar telah mampu bukan hanya lulus malah mula menunjukkan pencapaian pada tahap cemerlang iaitu memperolehi markah melebihi 85 markah.

7.2              PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru (Baru) mata pelajaran Prinsip Akaun yang mengajar di 4PA1 juga mula yakin dan seronok untuk mengajar mata pelajaran ini kerana berlaku aktiviti dua hala; iaitu guru mengajar dan pelajar belajar, dengan bantuan KOMPAS PERAKAUNAN.

6

7.1              RUMUSAN PEMERHATIAN

Pelajar mula mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Prinsip Akaun yang sebelum ini dianggap killer subject kepada subjek yang menarik dan senang saja, malah mula memasang angan-angan untuk lulus dengan cemerlang dalam SPM 2007.

Realitinya, semasa saya menulis laporan kajian kes ini pada 25hb. March 2008, setelah keputusan SPM 2007 diumumkan pada 8hb. March 2008, seorang pelajar yang lulus dengan pangkat 7D semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007, telah mampu mencapai pencapaian pangkat 1A dan  5 orang lulus dengan kepujian .

Benarlah bak kata pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Bila dah KENAL, pelajar mula sayang untuk memgikuti mata pelajaran ini.



8.         CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA

Sekiranya dapatan kajian ini, boleh menjadi pemudahcaraan dalam penyediaan Imbangan Duga dengan bantuan KOMPAS PERAKAUNAN dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka sebarluaslah teknik ini . Untuk pengetahuan sekelian, KOMPAS PERAKAUNAN ini boleh juga digunapakai dalam menyediakan :-

8.1.1        Jurnal Am ( Jurnal Pembukaan )
8.1.2        Lejar
8.1.3        Akaun Untung dan Rugi
8.1.4        Kunci Kira-Kira
8.1.5        Lembaran Kerja ( 10 Lajur )

InsyAllah, saya akan cuba menyiapkan Kajian Tindakan untuk kesemua tajuk-tajuk di atas dengan bantuan KOMPAS PERAKAUNAN  di masa akan datang demi perkongsian ilmu dengan rakan guru perakaunan dan semestinya dengan harapan mampu memangkinkan  peningkatan pencapaian Prinsip Akaun di negeri Pahang khasnya dan kebangsaan amnya.










7
( LAMPIRAN 1 )

JADUAL KENAL ITEM PERAKAUNAN


BIL
BUTIRAN ( ITEM )
A
L
B
H
01
BELANJA AM


X

02
TUNAI
X



03
BANK
X



04
SEWA


X

05
SEWA DITERIMA



X
06
KOMISEN


X

07
KOMISEN DITERIMA



X
08
UPAH


X

09
GAJI


X

10
FEADAH ATAS SIMPANAN



X
11
FEADAH ATAS PINJAMAN


X

12
KENDERAAN
X



13
PERABUT
X



14
MESIN
X



15
ANGKUTAN MASUK


X

16
ANGKUTAN KELUAR


X

17
DUTI IMPORT


X

18
JUALAN



X
19
PULANGAN JUALAN


X

20
BELIAN


X

21
PULANGAN BELIAN



X
22
KADAR BAYARAN


X

23
BELANJA SUSUTNILAI KENDERAAN


X

24
BELANJA SUSUTNILAI MESIN


X

25
MODAL

X


26
PEMIUTANG

X


27
PENGHUTANG
X



28
HUTANG LAPUK


X

29
IKLAN


X

30
PROMOSI


X

31
BANGUNAN
X



32
STOK AWAL
X



33
DIVIDEN



X






( LAMPIRAN 2 )
                                                                                        DT              KT

 
A
L
B
H



BUTIRAN
DEBIT
KREDIT
BELANJA AM
X

TUNAI
X

BANK
X

SEWA
X

STOK AWAL
X

MODAL

X
ANGKUTAN KELUAR
X

ANGKUTAN MASUK
X

UPAH
X

GAJI
X

JUALAN

X
BELIAN
X

BANGUNAN
X

KENDERAAN
X

PULANGAN JUALAN
X

PULANGAN BELIAN

X
FEADAH ATAS SIMPANAN

X
FEADAH ATAS PINJAMAN
X

DIVIDEN

X
KOMISEN
X

BELANJA SUSUTNILAI KENDERAAN
X

BELANJA SUSUTNILAI PERABUT
X

BELANJA SUSUTNILAI MESIN
X

BELANJA POS
X

SEWA DITERIMA

X
KOMISEN DITERIMA

X
BELANJA HUTANG LAPUK
X

PROMOSI
X

IKLAN
X

PEMIUTANG

X
PENGHUTANG
X


XXX
XXX


* En. Al-Hadi sekarang merupakan Pengetua di SMK Seri Bera dan masih aktif mengaplikasikan Kajian Tindakan dalam Pengurusan ... Tahniah dan moga sukses selalu ...