Thursday, 2 February 2012

Impak Kajian Tindakan

Impak Perlaksanaan Kajian Tindakan : Satu Tinjauan Tentang Persepsi
Guru-guru Negeri Pahang Terhadap Pelaksanaannya


Oleh : JU Kajian Tindakan Pahang


1.1.  Pengenalan

Kajian Tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang
dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik; melaksanakan tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.

Takrifan Kajian Tindakan didapati berbeza sedikit di kalangan pengasas-pengasas bidang ini tetapi konsep-konsep utamanya adalah sama. Pada tahun 1946, seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin telah memperkenalkan konsep Kajian Tindakan dengan memberi penekanan ke atas dua idea utama iaitu konsep keputusan bersama (group decision); dan komitmen untuk penambahbaikan (commitment for improvement).

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan Mc Taggart:1988). Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. John Elliot (1976) dan rakan-rakannya pula menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan yang membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan Mc Taggart (1988) telah mengembangkan kajian ini di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah.



Di Malaysia, Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP / EPRD) telah memulakan insiatif untuk membudayakan kajian tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub- Program 4 iaitu “Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER)” yang dibiayai oleh Bank Dunia pada tahun 1993 hingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Melalui program ini juga peruntukkan telah disediakan dan diberikan kepada sekolah-sekolah untuk menjalankan projek Kajian Tindakan dan hasilnya sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah dilaksanakan oleh guru-guru.

Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh negara di bawah peruntukan ini. Bagi kursus Kajian Tindakan pula, sebanyak 20 kursus telah dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000). Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama dalam kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (Prosiding Seminar, BPPDP: 2000).
Selain usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan memberikan sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Antaranya termasuklah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994) dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999).

1.2.  Penyataan Masalah

         Kajian tindakan telah banyak dilaksanakan oleh pelbagai pihak, namun begitu         tidak semua dapat memahami konsep sebenar bagaimana kajian tindakan itu dilaksanakan. Hasil dapatan data, didapati ramai guru tidak memahami tentang kajian tindakan secara menyeluruh.

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar(EPRD) dan Jabatan Pelajaran Pahang (JPN) banyak membuat kajian tindakan tetapi tidak tahu sejauhmanakah pelaksanaan tersebut berjaya. Sebahagian guru keliru dengan keberkesanan pelaksanaan kajian tindakan.

Terdapat rungutan daripada kalangan guru yang mana perlaksanaan kajian tindakan tidak mampu dipraktikkan di sekolah. Ini kerana pelbagai kekangan yang berlaku. Jadi persoalannya sejauhmanakah kajian tindakan mampu membantu pihak guru di sekolah.

Walaupun pihak JPN telah melaksanakan kajian tindakan dipelbagai peringkat, tetapi tidak tahu apa yang dilaksanakan berkesan atau tidak. Ini kerana masih ramai yang memberi tanggapan negatif terhadap kajian tindakan yang dilaksanakan.

1.3  Objektif Kajian.

1.3.1.
Mengenal pasti  dapatan data mengenai pemahaman guru tentang kajian tindakan.
1.3.2.
Mengenal pasti pendapat guru tentang keberkesanan pelaksanaan kajian tindakan di sekolah-sekolah negeri Pahang.
1.3.3.
Mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan kajian tindakan dipraktikkan di sekolah .
1.3.4.
Mengenal pasti mengenai tahap pengetahuan guru tentang kajian tindakan.


1.4  Persoalan Kajian.

1.4.1.
Sejauh manakah dapatan data mengenai pemahaman guru tentang kajian tindakan?
1.4.2.
Sejauh manakah pendapat guru tentang keberkesanan perlaksanaan kajian tindakan di sekolah-sekolah negeri Pahang?
1.4.3.
Sejauh manakah perlaksanaan kajian tindakan dipraktikkan di sekolah?
1.4.4.   
Sejauh manakah tahap pengetahuan guru tentang kajian tindakan?


1.5  Signifikan Kajian.

1.5.1.
Kajian ini diharap dapat memberi data empirikal bagi
 membantu Jabatan Pelajaran Negeri untuk membuat perancangan perlaksanaan kajian tindakan yang lebih terperinci dan sistematik di peringkat negeri Pahang .
1.5.2.
Hasil kajian ini dapat menjawab pendapat dan pandangan negatif yang diberikan oleh guru-guru terhadap kajian tindakan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
1.5.3.
Hasil kajian ini juga diharap dapat memberikan input dan juga menyediakan garis panduan kepada Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar dalam penambahbaikan elemen-elemen kajian tindakan serta menyebar luaskan kajian tindakan ini ke sekolah-sekolah.


1.6.   Batasan Kajian.

         Kajian  ini mempunyai batasan-batasan berikut:
(a)
Memandangkan responden kajian ini melibatkan guru-guru  di sekolah-sekolah  rendah dan menengah Negeri Pahang, maka generalisasi yang dibuat hanyalah untuk konteks kajian ini sahaja. Kajian lanjutan dengan menggunakan sampel yang berbeza haruslah digunakan untuk mengatasi batasan ini.
(b)
Kajian ini hanya melibatkan pendapat guru sahaja. Ia juga tidak terhindar dari data-data ”bias” yang dikutip dari responden guru-guru kerana penyelidikan ini hanya menggunakan  kaedah kuantitatif. Kecenderungan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan tepat boleh diselewengkan. Ada guru yang menjawab atau menanda jawapan sambil lewa kerana pilihan jawapan disediakan.
(c)
Walaupun terdapat banyak kaedah lain untuk mengumpul maklumat tetapi penyelidikan ini hanya tertumpu kepada pengumpulan data berbentuk deskriptif sahaja. Kaedah pemerhatian, pemeriksaan dokumen dan temuduga yang lebih teliti memberi gambaran sebenar jika dijalankan akan dapat memantapkan lagi hasil kajian.


1.7. Pengistilahan

       Pengistilahan adalah berdasarkan kepada maksud yang digunakan dalam  
       kajian ini :

1.7.1.
Impak
Impak adalah kesan yang kuat atau berkesan.
(Kamus Dewan,edisi ketiga, DBP, Kuala Lumpur 2000, ms: 486 ). 



1.7.2.
Pelaksanaan
1.      Proses, cara, perbuatan melaksanakan (rancangan, keputusan, dsb): beliau meninjau ~ pembangunan jalan di wilayahnya; kegiatan ini merupakan salah satu ~ Garis-Garis Besar Haluan Negara .


1.7.3.
Persepsi
  1. Tanggapan (penerimaan) langsung dari sesuatu; serapan: perlu diteliti -- masyarakat terhadap alasan pemerintah menaikkan harga bahan bakar minyak
  2. Proses seseorang mengetahui beberapa hal melalui pancaindranya

1.7.4
Tinjauan
  1. Hasil meninjau; pandangan; pendapat (sesudah menyelidiki, mempelajari, dsb): ~ nya meleset
  2. Perbuatan meninjau: buku itu banyak mengandung ~ sejarah



2.    TINJAUAN KAJIAN LEPAS

       Pendidikan formal di Malaysia merupakan wahana utama dalam pembangunan Negara. Melalui pendidikan formal diharapkan pembangunan social dan ekonomi dapat dijanakan. Menurut Ibrahim (1995), Kementerian Pendidikan telah menggubal Visi Pendidikan sebagai usaha untuk mencapai Wawasan 2020 dalam konteks pendidikan. Perkara penting yang ditekankan dalam Visi Pendidikan adalah dari segi pembentukkan budaya ilmu, budaya kecemerlangan, penyayang, menurunan kuasa (empowerment), perpaduan kebangsaan, kerjasama, pemantauan, daya pengurusan dan kecacatan sifar.

Justeru, bagi membolehkan pendidikan formal melaksanakan tanggungjawab tersebut, perlaksanaan dan pengisian pendidikan di setiap peringkat mestilah berupaya menangani permasalahan pembangunan murid atau pelajar melalui perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara bersepadu. Keupayaan ini mestilah mengambil kira semua golongan murid sama ada murid cepat, lambat atau murid istimewa, kepelbagaian latar belakang murid dan sebagainya. Halini akan dapat dicapai sekiranya guru mengamalkan penyelidikan terhadap amalan pengajaran mereka, membuat refleksi dan mengambil tindakan penambahbaikan dan meningkatkan


keberkesanan pengajaran. Pendekatan sebegini dikenali sebagai kajian tindakan didapati sangat berpotensi bagi mengesan perubahan di peringkat bilik darjah, meningkatkan kualiti pengajaran serta dapat melahirkan guru yang reflektif.

Bidang penyelidikan terbahagi kepada dua iaitu penyelidikan saintifik dan kajian tindakan. Penyelidikan saintifik dilihat sebagai pendekatan utama dalam pendidikan, manakala kajian tindakan dilihat sebagai satu alternative baru dalam penyelidikan pendidikan masa kini. Walaupun penyelidikan saintifik dijalankan secara meluas dalam pendidikan, namun terdapat banyak kritikan oleh pakar-pakar kajian tindakan tentang impaknya secara langsung dalam membawa perubahan dan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajarn di bilik darjah.

Mengikut McKernan (1988), menyatakan: Curriculum knowlegdemust be based on the work of practitioners. It is not enough that the curriculum be studied; it needs to be studied by practitioners. Too often practitioners are treated as the objects of inquiry.

Beasley (1981) telah menyenaraikan banyak kelebihan penyelidikan tindakan yang dijalankan oleh para guru berbanding dengan penyelidikan saintifik. Antaranya, penyelidikan tindakan adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada guru yang terkumpul melalui pengalaman sebenar yang dapat merapatkan antara teori dan amalan. Kelebihan seterusnya ialah kepantasan penerimaan maklumbalas yang memungkinkan tindakan bermakna diambil ke atas situasi kajian.

Ebbut (1985) dan McNiff (1988) menyatakan kajian tindakan dapat meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia unuk mengubahnya. Ia juga menjadikan guru lebih reflektif dalam membaiki amalan pengajaran.


Sardo-Brown (1995) dalam kajiannya terhadap enam orang guru yang melaksanakan kajian tindakan mendapati keenam-enam sample kajiannya menyatakan mereka memperoleh faedah yang banyak daripada penglibatan mereka dalam kajian tindakan. Kebanyakan faedah yang diperolehi berkaitan terus dengan pengajaran iaitu:
i.      Memberikan semangat dan minat baru untuk membaca dan mencuba 
  kaedah pengajaran baru seperti yang dicadangkan dalam literature.
ii.     Mendapat kefahaman yang lebih tentang apa-apa yang dilaksanakan   
      oleh mereka yang dapat meningkatkan profesionalisme.
iii.    Meningkatkan kemahiran memerhati atau mencerap.
iv.   Memperbaiki komunikasi dengan pelajar.
v.    Memperoleh perspektif peribadi tentang impak daripada kaedah
       pengajaran yang dipelajari di universiti.
vi.   Mempunyai idea yang baik cara-cara untuk meningkatkan pendekatan-
       pendekatan pengajaran tertentu dalam pengajaran.

 









Pendahuluan
Kajian ini akan menghuraikan perkara-perkara penting tentang reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosidur kajian. Daripada prosidur yang dilakukan  terhasillah dapatan atau pengumpulan data dan melibatkan proses penganalisisan data.



3.2  Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian merupakan tatacara pengumpulan dan pengolahan data.  Untuk kajian ini soalselidik kajian tertutup digunakan.  Justeru itu data yang dipungut tidak menekankan hubungan antara dua pemboleh ubah. Sebaliknya hanya proses mendapatkan data tentang pandangan dan pesepsi guru-guru terhadap proses pelaksanan, kesan pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan kajian tindakan.
Hasil kajian ini diharap dapat memberikan input dan impak yang penting kepada pihak sekolah(khususnya semua warga sekolah), PPD, JPNP dan pihak penggubal dasar iaitu KPM bagi merancang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan dalam pelaksanaan kajian tindakan. Berwacanakan 1 Malaysia  diharap sistem pendidikan kita terus maju, telus, cermerlang dan terbilang dalam menempuhi cabaran intelektual masa kini.
.

3.3  Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah kebangsaan (SK) terletak di kawasan bandar dan luar bandar di negeri Pahang. Pemilihan lokasi kajian ini diharap dapat mewakili gambaran keseluruhan persepsi guru terhadap perlaksanaan kajian tindakan berdasarkan populasi di negeri Pahang.

3.4  Sampel Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Dengan cara ini membolehkan penyelidik membuat kesimpulan yang lebih tepat dan meyakinkan. 
Sampel kajian ini melibatkan 500 orang guru yang dipilih secara rawak dari  sekolah seperti berikut :
3.4.1  Kategori sekolah bandar.
Bil
Sekolah
Gred
Daerah
1
SMK Inderapura
A
Jerantut
2
SMK Padang Saujana
A
Kuantan
3
SMK Cliford
A
Lipis
4
SK Pandan
A
Kuantan
5
SK Ahmad
A
Pekan
6
SK cliford
A
Lipis
7
SK Wan Ibrahim
A
Lipis


3.4.2  Kategori sekolah luar bandar tradisional.        
Bil
Sekolah
Gred
Daerah
1
SMK Seri Pekan
A
Pekan
2
SMK Indera Shah   Bandar
A
Pekan
3
SMK Bukit Rangin
A
Kuantan
4
SMK Sg Isap
A
Kuantan
5
SMK Muadzam Jaya
A
Rompin
6
SMK Agama Pahang
A
Rompin
7
SMK Kuala Lanar
A
Lipis
8
SMK Kerdau
A
Temerloh
9
SM Teknik Temerloh
A
Temerloh
10
SK Paya Taram
B
Temerloh
11
SK Kerdau
B
Temerloh
12
SK Temin
A
Jerantut
13
SK Damak
A
Jerantut
14
SK Muadzam Jaya
A
Rompin
15
SK Bukit Ridan
A
Rompin
16
SK Sg Isap
A
Kuantan
17
SK Indera Shah Bandar
A
Pekan


3.5.    Instrumen Kajian

  3.5.1  Soal selidik   
Instrumen soal selidik ini dibina melalui perbincangan dan sumbang saran bersama ahli-ahli kumpulan penyelidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada empat elemen utama iaitu bahagian A, B, C dan D.
Soal selidik ini dibahagikan  kepada empat bahagian :

1.    Bahagian A mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel seperti pengalaman mengajar, lokasi, jenis sekolah samada iaitu Menengah dan SK, opsyen, tahap pendidikan, penglibatan dalam Kajian Tindakan dan jawatan yang dipegang disekolah.

2.    Bahagian B pula melihat tahap pengetahuan guru-guru tentang Kajian Tindakan. Aspek yang dilihat adalah berkisar dengan pendedahan guru kepada kajian tindakan ini. Berm.ula dari pengetahuan guru dengan kajian tindakan hingga perlaksanaan dan akhirnya penglibatan guru dalam menyebarkan pengetahuan guru tentang kajian tindakan itu.

                        3    Bahagian C pula melihat tahap pemahaman guru tentang  
                              kajian tindakan. Pemahaman dalam kajian ini
                              termasuklah berkenaan analisis sebelum, semasa dan
                              selepas pengajaran dan pembelajaran, ujian-ujian selepas
                              pembelajaran dan pengajaran. Termasuklah juga jika guru
                              terlibat dalam pembinaan inovasi.

4.    Bahagian D pula  mengandungi  peranan dan tanggungjawab guru terhadap perlaksanaan Kajian Tindakan dan faktor-faktor penghalang dalam perlaksanaan Kajian Tindakan. Aspek berkaitan dengan amalan Kajian Tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan penglibatan guru sendiri. Kekangan-kekangan dan halangan yang menjauhkan guru dari Kajian Tindakan juga di soal dalam penyelidikan ini.
Kandungan lengkap soal selidik ini adalah seperti jadual di bawah :
Bahagian
Aspek yang diukur
Bil.  item
Item
Bahagian A
Latarbelakang
7
1-7
Bahagian B
Aspek pengetahuan guru
§  Pengetahuan
§  Pendedahan
§  Penglibatan

6

1-6
Bahagian C
Pemahaman berkenaan kajian
§  Menulis refleksi
§  Menjalankan program
§  Menghasilkan inovasi

7

1-7
Bahagian D
Aspek peranan dan kekangan  dalam perlaksanaan kajian
§  Peranan pentadbir
§  Peranan guru
§  Kekangan dalam kajian
§  Cadangan penambah baikan

13

1-13



3.6          Prosedur Kajian
Kajian ini dijalankan secara soal selidik sahaja. Kemudian penyelidik membuat kerja lapangan di sekolah-sekolah terpilih yang telah dihubungi oleh pihak JPNP. Responden yang terlibat di sekolah-sekolah terpilih adalah secara rawak dari pentadbir sehingga kepada guru penolong. Secara dasarnya  kajian ini memang melibatkan semua pihak di sekolah terpilih tersebut. Para penyelidik menghantar soal selidik dan mengutipnya selepas semua responden siap menjawab soal selidik yang di beri. Pihak sekolah telah di beri tempoh tertentu untuk menyelesaikan soal selidik yang di beri.  Para penyelidik kemudiannya bergabung dalam membuat  kesimpulan berkenaan dengan dapatan yang diperolehi.

BERSAMBUNG :

No comments:

Post a Comment